Wednesday, March 14, 2012

Debaran

Debaran kian terasa kini.....
Sebelum itu,Assalamualaikum kepada anda semua yang sudi membaca
blog yang tidak seberapa ini.
Moga2 hidup anda sentiasa dirahmatiNya.

Hari ini tanggal 14Marc2012,Rabu...
menandakan hanya tinggal seminggu sahaja lagi 
untuk keputusan SPM 2011 bakal diumumkan.
Sudah digembar-gemburkan bahawa tarikh pengumuman keputusan Spm
akan dipercepatkan sehari kepada 21Mac2012,Rabu depan.
Hati sentiasa tak keruan apabila tarikh itu semakin mendekati diriku ini.
Namun,apakan daya...aku tetap wajib menghadapi hari itu.
Bagaimanakah keputusanku nanti??
Moga2 keputusan yang diperoleh membaloikan.
Aku takkan meletakkan target pada keputusanku.
Aku hanya berserah kepadaNya agar usaha aku selama ini dibalas dengan setimpalnya.
Sungguhpun aku tidak rajin,tapi itulah kemampuan yang mampuku beri sepanjang tahun 2010-2011.
Diharapkan tiada sesiapa yang bakal hampa mahupun kecewa pada hari itu.
Kepada yang disayangi,diharapkan Sha menerima Ed seadanya sungguhpun perkara sebaliknya
berlaku nanti...

p/s:Tolong mendoakan sekali kejayaanku.
      Moga2 Allah SWT memakbulkan doa dan hajat ini.
     Aminnnnnn......

No comments:

Post a Comment